Saturday, November 24, 2012

40 Penyakit Kritikal

Berikut adalah 40 jenis penyakit kritikal yang di lindungi oleh pihak takaful ikhlas. 


Friday, November 9, 2012

Dermakan Sebahagian Harta Yang Kamu Sayangi

Daripada Anas RA katanya, Abu Thalhah RA ialah orang Ansar yang paling banyak harta daripada kebun-kebun tamar yang luas. Harta yang paling disukainya ialah kebun tamar Bir Ha’ yang menghadap ke arah masjid (Nabawi). Rasulullah SAW pernah masuk ke kebun itu dan minum airnya yang sedap. Anas berkata, apabila turun ayat yang bermasud, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi” Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah dan berkata

Thursday, November 8, 2012

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.
Keterangan/Hujah:

  1. Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
     
  2. Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
     
  3. Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
    ما حرم أخذه حرم إعطأوه "
    Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
  4. Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
     
  5. Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
     
  6. Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
     
  7. Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
     
  8. Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
     
  9. Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam.

rujukan : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelaksanaan-takaful-di-malaysia

Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit. Antaranya seperti berikut:

(a) Surah AI-Isra' ayat 82 - bermaksud:'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.'


(b) Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:'Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.


(c) Hadis Rasulullah s.a.w. lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), 
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)


p/s : Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w contoh terbaik umat ! ^_^ 




Pemakanan Sihat Menjaga Kewangan dan Motivasi

Apa yang kita makan akan menjadi sebahagian dari diri kita sendiri. Pemakanan yang seimbang dan sihat bukan sahaja akan menjaga kesihatan kita, malah, menjaga kesihatan juga menjadikan kita lebih bersemangat, bermotivasi di samping menjimatkan kewangan kita.
  1. Menjaga berat badan yang sihat - bergantung kepada jantina, umur, dan ketinggian, manusia mempunyai berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambahkan peluang mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan diabetes. Terkurang berat badan pula juga terdedah kepada osteoporosis, haid tidak teratur bagi wanita, dan masalah penyakit lain.
  2. Makan dalam sukatan yang kecil - dengan memakan dalam sukatan yang lebih kecil, ianya lebih mudah untuk kita memakan makanan yang kita mahu, disamping menjaga kesihatan. Pernah saya menemubual pakar kesihatan, Kevin Zahri mekenani sukatan nasi terbaik untuk kita, jawapannya adalah, sekali makan, jumlah nasi terbaik adalah sebesar sebelah tangan kita yang digenggam (bukan dua belah!) 
  3. Tambahkan gandum, buah-buahan dan juga sayur-sayuran dalam diet anda- kumpulan makanan ini adalah kategori makanan yang sihat. Sekiranya diet harian anda tidak mengandungi kumpulan ini, pastikan anda menukarkannya.
Menjaga pemakanan adalah menjaga kesihatan, dan menjaga kesihatan adalah menjaga kewangan dan menambahkan semangat kita. Sekiranya kita rasa diri kita tidak bermotivasi dan sentiasa penat tidak bersemangat- lihat kembali menu pemakanan harian kita. Mungkin masalahnya di situ!

Kewangan Kini, Kesihatan Akan Datang


Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10..20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.
moneymedic.jpg
Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.
Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Setiap kali, kita sering memikirkan bagaimana hendak menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang kita fikirkan cara menambahkan kesihatan kita supaya kewangan kita di masa hadapan akan terjaga.
Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi.